ATFX Menaja Forum Dunia Kewangan Antarabangsa Taipei

AT Global Market (ATFX), telah dijemput untuk menyertai senarai penaja berprestij pada Forum Dunia Kewangan Antarabangsa, Stesen Taipei; acara pertama yang berlangsung dalam siri ini Menampilkan pemain elit dari perniagaan FX, forum ini menampung jumlah peserta yang besar dari pasaran kewangan di rantau Asia-Pasifik.

Muncul di gerai pameran terbesar pada forum ini, Pasukan ATFX Taipei sedang menyampaikan perkhidmatan profesional kepada semua tetamu yang mengambil bahagian dengan keadaan dagangan yang kompetitif, persekitaran forex yang selamat serta pelbagai perkhidmatan dan produk terkemuka dalam industri. Ini termasuk lebih daripada 40 padanan matawang, yang terdiri daripada padanan utama seperti EUR/USD dan GBP/USD, logam berharga Emas dan Perak, dagangan komoditi minyak UK Brent Oil dan US WTI Oil, dan Indeks Saham AS, Eropah dan Asia.

Sebagai cenderahati kepada para tetamu, risalah informatif menyerlahkan kelebihan ATFX — pelbagai kaedah pembayaran, perkhidmatan pelanggan dan bantuan live 24/5, alat pendidikan untuk semua peringkat pengalaman dan pelbagai jenis dagangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada; leverage 1:200, platform MT4 standard industri, tanpa komisen pada akaun dagangan, dan hampir 100 instrumen kewangan yang boleh didagangkan.

“Investor Taiwan lebih konservatif daripada rakan-rakan mereka di seluruh rantau ini. Di bawah pengaruh Jepun, pelabur Taiwan berminat untuk menerima pelbagai bahan pendidikan sebelum menyertai perdagangan. Ini adalah apa yang ATFX fokuskan di Taiwan.” ulasan Pengerusi Lembaga Pengarah ATFX, Joe Li.

Joe Li adalah antara pasukan profesional Taipei, menyambut kehadiran peserta yang ramai dan mewakili syarikat serta penyelesaian perdagangan STP yang terkini. Dalam majlis penyampaian anugerah, Joe Li, bagi pihak ATFX, menerima anugerah “Broker Forex Terbaik”, penghormatan yang tertinggi dalam industri. “Sebagai sebahagian daripada pengembangan global kami, pejabat ATFX Taipei dilancarkan tahun ini bagi menawarkan perkhidmatan profesional ke Taiwan, salah satu pasaran kami yang berkembang pesat di Asia Pasifik, ” kata Li. “ATFX berbesar hati atas jemputan untuk menyertai Forum Dunia Kewangan Taipei dan menerima penghormatan tersebut, terima kasih kepada usaha yang disumbangkan oleh semua staf di ATFX.”

Forum Dunia Kewanagan Taipei mempunyai 18 sesi secara keseluruhan dengan para profesional kewangan terkenal yang memberikan pandangan terbaru tentang trend pasaran, analisis berita terkini pada pasaran global, dan strategi perdagangan dalam pasaran forex.

ATFX

Restrictions on Use

Products and Services on this website are not suitable for Hong Kong residents. Such information and materials should not be regarded as or constitute a distribution, an offer, solicitation to buy or sell any investments.

使用限制: 本網站的產品及服務不適合香港居民使用。網站內部的信息和素材不應被視為分銷,要約,買入或賣出任何投資產品。

ATFX

Restrictions on Use

Products and Services on this website are not suitable for the UK residents. Such information and materials should not be regarded as or constitute a distribution, an offer, or a solicitation to buy or sell any investments. Please visit https://atfxgm.eu/en/ to proceed.

ATFX

Restrictions on Use

AT Global Markets (UK) Limited does not offer trading services to retail clients.
If you are a professional client, please visit https://atfxconnect.com