Di Taiwan, dagangan runcit FX membentuk B2B yang tersusun, dengan kebergantungan kepada Introducing Broker berkualiti-tinggi (IB) untuk membawa perniagaan ke firma global FX.
Meskipun ATFX telah menganjurkan pelbagai seminar sebelumnya di Taiwan, ini adalah yang pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada IB. Syarikat meletakkan barisan penuh pasukan untuk acara ini, di mana hampir 80 IB – junior dan senior – yang hadir. Bertempat di Marriott Hotel Taipei dan menjadi tuan rumah pada 7 Julai, 2018, seminar 5 jam tersebut akan membantu dalam meluaskan rangkaian IB di negara ini di masa akan datang.
Kandungan seminar adalah padat dan menyeluruh, selain memperkenalkan pelbagai produk, perkhidmatan, dan pasukan profesional ATFX, serta kelebihan bekerjasama dengan peneraju global dalam perdagangan online. Selain itu, terdapat dua penceramah yang tersenarai dalam acara itu. Penceramah pertama ialah En. Ethan Liu, selaku Pengarah Perniagaan Kanan di ATFX, yang akan menerangkan fundamental perdagangan FX dan analisis teknikal dalam pasaran dagangan. Encik Ethan pernah tersenarai sebagai top 100 pengarah pembangunan perniagaan syarikat pelaburan Taiwan yang terkenal dan mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam industri perdagangan Forex.
Penceramah kedua ialah En. Justin Lee, yang juga mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam industri FX dan merupakan pengasas 917trade.com. Laman web yang dibangunkan oleh En. Justin menyediakan maklumat pasaran harian, analisis, tutorial, dan ciri YouTube live. Misi beliau adalah untuk membantu IB dalam meningkatkan kemahiran dagangan mereka, yang seterusnya dapat disampaikan kepada pelanggan menerusi ciri-ciri perkongsian di laman webnya. Encik Justin berkongsi nilai faedah 917Trade dengan semua IB yang ingin berjaya dalam seminar tersebut. Beliau membincangkan tentang bagaimana ATFX melakukan analisis prospek pasaran menyeluruh. Selain itu, ATFX turut membiasakan IB baru dengan operasi dan rancangan perniagaan untuk pembangunan pasaran.
Menyusul pada dua topik tersebut ialah sesi Q&A dan perbincangan, di mana IB berpeluang untuk mengajukan soalan dan membincangkan bagaimana untuk menambah baik dan mengendalikan perniagaan IB bersama rakan kongsi global yang berjaya di Taiwan dan memanfaatkan peluang pasaran dalam pelbagai aset perdagangan dengan strategi perkongsian. Makan malam turut disediakan oleh ATFX untuk IB yang hadir dalam seminar tersebut.
Seorang IB yang hadir menyatakan bahawa, “ia seperti pusat seminar dagangan sehenti untuk IB. Secara khususnya, adalah baik untuk memiliki maklumat terkini mengenai persekitaran perdagangan. Terdapat pelbagai tips berguna mengenai pembangunan perniagaan IB di ATFX.”
Seminar ini merupakan pusat seminar dagangan sehenti untuk IB di negara ini dalam memastikan maklumat dagangan adalah yang terkini dan instrumen berguna untuk membangunkan perniagaan IB bersama ATFX. Dengan penceramah profesional yang memberikan penyampaian yang jelas terhadap topik, seminar yang dianjurkan oleh Syarikat adalah bertujuan untuk merangsang pemikiran dan perbincangan, dengan matlamat meletakkan pemikiran tersebut sebagai amalan.
Perundangan: ATFX adalah nama dagangan AT Global Markets Limited (ATGM, nombor pendaftaran 24226 IBC 2017). ATGM adalah sebuah Syarikat Perniagaan Antarabangsa di Saint Vincent dan Grenadines. Alamat berdaftar adalah: The Financial Services Centre, Stoney Ground, Kingstown, St. Vincent & the Grenadines.